30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru, pelajar dan pengunjung blog Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin (Sekolah Bestari Luar Bandar) ini serta Maaf Zahir dan Batin. Tak lupa juga selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54 pada 31 Ogos 2011. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Ikhlas dari :
Pengendali BLOG
Mohd Barhanudin Bin Sulaiman
Guru Penyelaras Bestari. 

25 August 2011

Program Ihya' Ramadhan

Program ini diadakan untuk memberi bimbingan kepada pelajar kedatangan Ramadhan merupakan satu rahmat kepada umat Islam disamping membentuk sahsiah pelajar yang mantap dan unggul ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada pelajar bahawa Ramadhan adalah bulan membentuk jati diri pelajar menjadi muslim yang bertakwa kepada Allah S.W.T.
Bagi peringkat SMK Mahmud Mahyidin diadakan beberapa persembahan seperti Khatam Al Quran, persembahan Busana Muslim, pertandingan Iman Muda dan persembahan nasyid. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman.











Jurugambar yang bertugas, En Abd Aziz

24 August 2011

Program Masih Ada Yang Sayang

Program ini diadakan bertujuan menyampaikan zakat yang dikutip oleh Badan Kebajikan Sekolah dan disampaikan kepada pelajar yang layak melalui ibu bapa masing-masing. Bagi anugerah kecemerlangan pula sumbangan disampaikan kepada pelajar yang mendapat A semasa Peperiksaan Percubaan PMR.




23 August 2011

Majlis Perpisahan PKHEM ( En Wan Adnan)

Tarikh : 23 Ogos 2011
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan.

Majlis ini diadakan sebagai menghargai jasa En Wan Adnan Wan Bidin (PK HEM) sepanjang berada di SMK Mahmud Mahyidin ini. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Berangan. Jasa dan bakti beliau di SMK Mahmud Mahyidin tidak dilupakan.

Berikut adalah beberapa gambar beliau semasa majlis berlangsung.






  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP